Terdapat ramai individu yang mempunyai masalah hormon yang tidak stabil akibat daripada gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat..
Hormon seperti estrogen, testosteron, adrenalin dan insulin merupakan medium kimia penting yang memberi kesan kepada banyak aspek dalam kesihatan keseluruhan. Hormon dirembes daripada pelbagai kelenjar dan organ termasuk tiroid, adrenal, pituitari, ovari, testis dan pankreas.
Sistem endokrin bekerjasama untuk mengawal tahap hormon yang beredar di dalam badan, dan sekiranya satu atau lebih hormon ini tidak seimbang, masalah kesihatan yang besar akan berlaku.
Cara untuk Menyeimbangkan Hormon Secara Semulajadi.
Makan lemak sihat (termasuk minyak kelapa dan avokado)
Badan kita memerlukan pelbagai jenis lemak untuk membina hormon, termasuk lemak tepu dan kolesterol. Lemak penting ini bukan sahaja asas untuk membina hormon, tetapi merendahkan tahap keradangan, merangsang metabolisme dan menggalakkan penurunan berat badan.
Empat sumber lemak sihat, anti-radang termasuklah minyak kelapa, avokado, grass-fed butter, dan salmon liar. Minyak kelapa mempunyai banyak kegunaan, contohnya mempunyai kesan anti-bakteria dan pembakaran-lemak semulajadi.
Manfaat avokado termasuk memperbaiki kesihatan jantung, merendahkan keradangan, mengawal selera makan dan menyumbang kepada pengambilan harian serat dan nutrien seperti potasium. Nutrisi salmon juga hebat iaitu sebagai salah satu sumber asid lemak omega-3 yang terbaik, merendahkan radang dan membantu fungsi kognitif.
#sisfel #sisfelwarriors #hormon #seimbangkanhormon
Berminat dengan produk SISFEL, hubungi:
Noor Azila Khalid
sisfelatthahirah@gmail.com
Whatsapp: 019-2989202 ( Kak ella )
sisfelatthahirah.blogspot.com
www.sisfelatthahirah.com

No comments:
Post a Comment