Jarang nak buat posting negatif ni ..
Malam ni dalam kereta.
Nak meredah perjalanan 1 jam lagi terasa penat sampai ke tulang.
Tapi itu bukan cabaran utama .
Cabaran paling Utama rasa rindu dekat anak .
Jauh di sudut paling dalam kakfel akui kakfel adakala mahu berhenti and fokus pada keluarga.
Terfikir mahu apa lagi?
Percayalah kalau duit yg kakfel cari.. kakfel sudah cukup makan pakai setiap hari..
Raffelinna makin besar,team makin ramai .. kakfel patut berehat ja.
Travel dari Baling Ke KL back to back. Jadual yg padat. Hujung bulan ni and bulan depan travel overseas . Kakfel penat .
Siapa Follow story FB kakfel setiap hari mesti akan paham and nampak jadual kami.
Kakfel ni orang introvert. Rumah adalah tempat paling selesa. Memasak, lepak kat rumah aktiviti paling indah .
Kakfel tak suka travel,tukar tempat malah bukan jenis suka melancong pun malah kakfel tak boleh duduk kalau anak takdak di sisi sebab tu selalu kami travel balik hari ja KL- Baling.
Tapi...
Kenapa kakfel gigih sangat buat semua ni?
Allah ada jawapan tu... kakfel tak mampu nak share malam ni . Sungguh jauh lagi perjalanan kami.
Ianya bukan tentang kakfel. Ianya tentang kami di Raffelinna , ianya tentang kita semua....
Satu sahaja ..
Ketika mana kakfel berasa penat kerana berusaha , kakfel titipkan satu rasa dalam jiwa.
Allah tidak melihat hasil tapi usaha dan kakfel selalu percaya yg Allah takkan pernah abaikan mereka yg telah bersusah payah demi ummah .
Tidak dapat harini.. semoga ada taman taman syurga di sana .
Terima kasih semua yg support kakfel and abang Rafie .
Ya kakfel terkadang penat rasa mahu berhenti.. ya henti utk rehat. Tapi besok bangun lawan and buat lagi .
Terkadang fikir, jika kakfel berhenti... adakah anda semua bersemangat lagi?
Kita dihidupkan sebagai khalifah..
Kakfel percaya...
Ada jiwa yg terpaksa diwakafkan demi ummah .. ada hati perlu berlawan demi kebangkitan lebih ramai dengan korbankan keinginan diri.
Jika kakfel and abang Rafie Ramli orang itu,kami yakin Allah tahu kami mampu.
#sisfelfounders
Berminat dengan produk SISFEL, hubungi:
Noor Azila Khalid
sisfelatthahirah@gmail.com
Whatsapp: 019-2989202 ( Kak ella )
sisfelatthahirah.blogspot.com
www.sisfelatthahirah.com

No comments:
Post a Comment