Adat berniaga memang memerlukan banyak kesabaran terutamanya untuk melayan karenah pelanggan yang sememangnya banyak ragamnya. Jadi sangat penting untuk kita mengenali ciri ciri prospek kita.
Apakah ciri ciri pelanggan dan bagaimana cara untuk mengatasinya?
1) Kerap tanya harga dan soalan, tetapi tak nak beli.
- Pelanggan sebegini selalunya hanya mahu survey sahaja harga dan membandingkannya dengan penjual lain.
- Jangan paksa mereka untuk membeli. Jika mereka sudah tidak minat, fokus kepada pelanggan-pelanggan lain.
2) Pelanggan biadap
- Pelanggan yang bersikap biadap biasanya akan anda jumpa apabila mereka tidak berpuas hati dengan servis atau produk anda.
- Bersikap tenang dan tidak mudah melatah dengan kata kata pelanggan dan bertindak bijak dengan hujah hujah anda supaya tidak menyinggung pelanggan.
3) Pelanggan yang jenis tidak sabar.
- Order dan mahukan barang pada hari yang sama.
- Jangan terus berjanji dengan pelanggan akan menghantar barang pada waktu atau hari yang ditetapkan. Berikan tempoh masa yang tertentu dan selalu bertanya tentang penerimaan barang.
4) Pelanggan ragu ragu nak beli
- Pelanggan begini biasanya banyak bertanya soalan seperti " Ada kesan sampingan tak?" atau " Dah lama ke awak jual benda ni? "
- Yakinkan pelanggan anda dengan kelebihan produk, testimoni testimoni dan jaminan produk kepada para pelanggan anda.
5) Pelanggan yang dah tahu semua.
- Pelanggan seperti ini sudah tahu mengenai produk tersebut dan berminat untuk membeli dengan anda.
- Jika anda sudah tahu minat dan pilihan pembeli anda, fokus pada itu sahaja.
Walau bagaimanapun kerenah, perangai atau telatah pelanggan anda, layanlah mereka dengan sebaik mungkin. Jangan putus asa dan sebarkan kebaikan.
#sisfel #sisfelwarriors #5jenispelanggan #kenalipelanggananda
#Entri 43 - 9:00pm
Noor Azila Khalid
pn.noorazila@gmail.com
Whatsapp: 019-2989202 ( Kak ella )
sisfelalthahirah.blogspot.com

No comments:
Post a Comment