Sunday, April 7, 2019

LEMAH ITU PEREMPUAN!

Wanita, yang dulunya di katakan sekumpulan makhluk ciptaan Tuhan yang lemah, sebenarnya ada kekuatan besar di dalam setiap nadinya.


Lihat di sekeliling anda, berapa ramai wanita di sekeliling anda yang sedang aktif berniaga sekarang ini? Samada secara sepenuh masa atau separuh masa. Apa yang membuatkan mereka mampu menjadi usahawan, isteri, ibu, surirumah dan pekerja dalam satu masa? Mereka sebenarnya Wonder Woman!

Wonder Woman- karakter komik Marvel yang sangat beri kesan pada banyak wanita. Kuat, gagah, berani dalam menyelamatkan dunia.

Ramai wanita dah berjaya pecah tradisi dengan memegang jawatan-jawatan besar sebagai eksekutif korporat, usahawan baru mahupun ternama, pelabur, dan macam-macam lagi.


LEMAH? BUKAN LAGI DEFINISI WANITA. 

1) Salurkan tenaga anda untuk jadikan dunia ini lebih baik. Lemah lembut anda adalah satu cabang tenaga yang luar biasa kalau dimanfaatkan. Wanita suka membantu. Gunakan perniagaan anda untuk membantu ramai orang.

2) Nak ubah dunia perlu ubah fikiran. Jadi ubah mentaliti wanita yang hanya layak berada di dapur memasak kepada dari dapur pun wanita boleh buat macam-macam kerja! Wanita banyak emosi, salurkan emosi positif anda untuk beri impak positif kepada orang lain.

3) Jangan takut untuk jadi yang pertama. Wanita pertama menjadi usahawan jutawan? Takluk gunung Everest? Semua boleh. Takut dan wanita memang tak boleh dipisahkan. Tapi, wanita ada azam yang tinggi. Tukarkan ketakutan menjadi satu cabaran.

4) Perhubungan lebih bererti berbanding transaksi pembelian. Apa makna hidup kaya tanpa hubungan dengan orang sekeliling? Bina hubungan baik dengan ramai orang, ramai stokis, agen dan pelanggan. 

Tak kisah anda baru berniaga, sudah lama, cuma pekerja, mahupun ketua di jabatan, dalam masyarakat atau mana-mana, andalah super hero. Super hero wanita! Dan anda, patut menghargai serta menyerlahkan karakter hebat anda demi manfaat bersama.

Pastikan anda jadi inspirasi untuk orang di sekeliling anda.




#sisfelwarriors #sisfellegacy #sisfelhebat #wonderwoman



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...